Thursday, November 14, 2013

Alhamdulillah.. Thank You Allah...

Assalamualaikum,

Lama tidak menjenguk dan menulis di sini.

Ya Allah, aku bersyukur Ya Allah.  Hari ini merupakan hari yang terindah kurasakan.
Walaupun orang lain menganggap keputusan 3B 2C itu keputusan sederhana tp bagi aku dan familyku, itu merupakan keputusan yang membanggakan sekali buat kami sekeluarga.  Hari ini keputusan UPSR telah diumumkan, dan adikku Muhamad Khaliq Farhan bin Abd. Malek telah berjaya memperoleh keputusan tersebut tanpa gagal mana-mana subjek.  Tahniah adik acheeq, walaupun farhan autistik tp farhan boleh menjawab soalan peperiksaan spt budak-budak normal yang lain.  mudah-mudahan kejayaan terus mengiringi perjalananmu adik.  Kami sayang sangat-sangat Farhan.

Fuhhh.... berdegup degap juga jantung tunggu result diumumkan tadi. Untuk menjadi orang pertama tahu result aku siap schedule message delivery kat hp.. result keluar jam 10 pagi so aku pun set kan timer utk send mesej tu.  Alhamdulillah, we are so proud of you my lil. bro. You are such an inspiration to other kids. Mengajarmu memerlukan kesabaran yang tinggi.  Even acheeq pun kadang-kadang tertewas dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar kpd farhan.  Ummi jugaklah insan yang tabah dan penyabar dalam mendidik anak-anak.  Maka hargailah ummi anda.  Terima kasih ummi kerana menjadi ibu terbaik kpd kami anak-anakmu. Terima kasih juga abah sebab menjadi penjaga terbaik keluarga kita.  Semua dengan peranan masing-masing yang dijalankan dengan ikhlas dan jayanya. I love my family. In Shaa Allah keluargaku sakinah....

Aamiin...